Saturday 26 May 2012

PULUT SEMANGAT

Assalamualaikum.....sudah lama rasanya tidak menjengah ke halaman ini. Kesibukkan dan kesuntukkan masa menghalang Mek Yah dari mengintai dan menfailkan recepi yang di rasa perlu untuk rujukkan adik-adik dan harapan suatu masa nanti anak-anak pulak. Manalah tahu..kalau tertiba saja kita tak ada...mungkin ini adalah kenangan untuk mereka. Eeehh eh..melalut la pulak...
Hari ini mek yah ingin berkongsi tentang "Pulut Semangat"..sebenarnya Mek yah sendiri tak pernah secara formal belajar membuatnya, cuma sedari umur belasan tahun selalu menolong mak saudara menyiapkan pulut hantaran setiap kali ada saudara mara kahwin. Kali ini kita tengok cara Mek Yah gubah pula...

PULUT SEMANGAT
Bahan :
1.5 kg Beras pulut
2.5 biji kelapa parut
4 sudu makan gula
1.5 sudu makan garam
Perwarna makanan ...Mek Yah guna merah dan kuning.

# Garam dan gula bergantung pada selera masing-masing

Bahan Hiasan
Daun bawang
Lobak Merah
Cili merah
Telur burung puyuh

# Tambah apa saja yang anda suka..asalkan boleh di makan.


Cara-Cara:
1. Basuh beras bersih-bersih dan bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan air sehingga 2 inchi melebihi paras beras.
2. Satu bekas di biarkan tanpa warna, dan satu bekas di masukkan warna merah. Manakala satu bekas lagi di masukkan
warna kuning. Rendam lebih kurang selama 4 jam.
3. Panaskan pengkukus dan toskan beras. Setelah air mendidih masukkan beras ke kedalam pengukus dan kukus selama 20
minit saja.( Setiap warna di kukus secara berasingan)
4. Sementara itu sediakan santan...blend kelapa dan jadikan 3 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair.
Santan pekat di masukkan garam dan gula, lalu di panaskan di atas api seketika sambil di kacau.
5. Angkat pulut...lalu di masukkan kedalam besen besar dan masukkan 1 cawan santan cair sambil di kacau secara
searah dengan sodep kayu. (Senduk kayu tu ..) sehingga rata dan sebati kemudian masukkan semula ke dalam
pengukus dan kukus semula untuk 15 minit lagi.
6. Setelah itu angkat semula pulut dan ulangi langkah 5...cuma kali ini masukkan 1 cawan santan yang di masak tadi.
Selepas di kacau sebati siap untuk satu warna.

Ini pengukus khas untuk pulut.

# Untuk warna-warna yang lain, ulangi langkah yang sama sehingga selesai.
7. Setelah pulut agak suam-suam, bolehlah di mampatkan kedalam loyang untuk di buat gubahan.
Ikutlah kreativiti masing-masing..
SIAP...

Panjang ceritanya kalau nak ikut cara yang Mek Yah pernah buat bersama Mak saudara dulu...kena cari betik muda atau batang pisang..Namun kini Mek Yah guna loyang kek saja...seperti gambar ini

Padat-padatkan pulut. kedalam loyang mengikut lapisan yang di sukai. Untuk tangan tidak melekat-lekat, Mek yah menyarungkan plastik "gege" jea...tompokkan sehingga permukaan loyang jadi rata dan biarkan sejuk . Selepas itu terbalikkan keatas papan kek...jeng-jeng-jeng...inilah hasilnya.

Bila sudah seperti ini...tambah-tambahlah apa saja dekorasi yang di sukai. Mek Yah tidak banyak ideal..so jadilah yang begini saja.

Begitulah ceritanya tamat tentang pulut semangat. Di kampung Mek Yah pulut semangat adalah salah satu benda wajib di adakan untuk meminang atau semasa majlis pernikahan sebagai alat hantaran. Mek yah punya pulut semasa kahwin dulu pun berwarna kuning jugak..siap dengan bunga telur bertangkai-tangkai lagi...
Selamat mencuba...




Friday 4 May 2012

Rainbow Cake

Hari ini 1 Mei 2012..maknanya cutilah kami pekerja-pekerja semua. Namun kerja rumah tak pernah habis...awal malam lagi Mek Yah sudah berkemas rumah mana yang patut....kemas stor dan kemas bilik anak bujang ku yang kini tiada penghuni...sambil mengelapkan habuk di biliknya..hanya gambar sewaktu kecil yang tergantung di hujung katil menjadi tatapanku. Rindunya rasa hati...dah sebulan rasanya aku tidak naik dan mengemas biliknya.....semua malamku sebelum beradu..aku habiskan dengan memegang kain pengelap... Seawal 5 pagi aku sudah terjaga...ini kerana aku telah berjanji dengan seorang kawan untuk membuat kek hari lahir dan Hari Ibu untuk emaknya....Mek Yah memutuskan untuk membuat kek yang agak special sikit...ya ler..inikan untuk seorang ibu...Maka RAINBOW CAKE menjadi pilihan...... Jom kita sama-sama tengok , apa yang Mek Yah dah buat.. KEK RAINBOW
Bahan-bahan 3 cawan tepung superfine 4 skfc baking powder 1/2 skfc garam 1 cawan butter 12/3 cawan gula 5 biji telur ( Gred A) 2 skfc esen vanila 11/2 cawan susu segar # pewarna : Merah, biru, hijau, purple dan kuning Ini cara Mek Yah...
Tepung di ayak bersama garam halus dan baking powder...dan ketepikan Pukul gula dan butter sehingga gebu....dlm 5 minit saja Masukkan telur satu persatu sambil di pukul pelahan...sehingga sebati dan gebu Masukkan esen vanila...seterusnya masukkan tepung berselangseli dengan susu segar sehingga habis sambil terus di pukul sebati Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bahagian dengan jumlah yang sama..dan warnakan mengikut warna di atas. Siapkan loyang..dengan baking paper dan sapukan mentega.. Masukkan adunan dan bakar..cuma selama 15 minit.. Siap. Mek yah sambil membakar kek tu..telah menyediakan krim untuk melapis dan mendecorasikannya nanti... Recepi untuk krim bolehlah ikut sebagaimana yang telah mek yah poskan pada kek sebelum ini..... Kepada adik-adikku..sekiranya masih tidak boleh mengambarkan macam mana untuk membuatnya..di sini Mek Yah sertakan langkah-langkah ringkas yang boleh di jadikan halwa mata....maafla kamera tak cukup mahal..jadi gambarnya pun kabur2 jea..hehehe Mek yah mulakan dengan langkah 5...
Sesudah di bahagikan barulah masukkan warna ..macam nie Hahaha..kemudian bakarlah mengikut warna.. Dan inilah hasil yang telah siap di bakar..
Macam mana?...satu yang color hijau tu pecah masa terbalikkan tadi..tapi nasib baik baking papernya ada..so tak perlu risaulah..kek boleh di cantumkan semula bila di letak krim...tapi cuba bayangkan jika hati orang yang telah retak sebegitu..macam mana penawarnya untuk di sembuhkan kembali...eemmm rasanya tak sembuhlah...kalau ya pun sembuh tapi berparutlah jugak...setuju tak?.. Selepas itu susunkan kek mengikut warna dan lapiskan dengan krim..macam ini..
Kerja ini mesti di buat secara hati-hati dan tekun. Jangan tergesa-gesa sebab segalanya mungkin untuk rosak ...hehehe.. Selepas iti tutup semuanya dengan krim dan decolah sehendak hati...Inilah hasilnya yang Mek Yah punya..
Macam mana.....retak kekku telah hilang..tetapi retak hatiku masih terasa...tulah jadi bunga yang menjalar di dinding kek... Selamat mencuba..

Thursday 26 April 2012

Monday 23 April 2012

   Salam senja semua...  Awal-awal senja sementara kesibukkan masih boleh di elakkan Mek Yah...terpanggil untuk sharekan recepi puding yang pernah Mek Yah buat untuk keluarga. Puding ini sebenarnya biasa saja, cuma di tambahkan usaha sikit dia nampak anggun ler...sama jugak dengan orang, kalau di tompok-tompok bedak sejuk sikit sudah boleh bertukar wajah. pokok pangkalnya hati mesti mau....cara dan keadah boleh di cari. Kalau hati suka mesti usahakan punya.........tapi kalau sudah titikkan noktah, alamaknya kena buat ayat baru ler...   Jangan bosanlah ya..di samping Mek Yah memasak, sebenarnya Mek Yah sentiasa mencari motivasi untuk diri sendiri. Apa yang membolehkan Mek Yah bersemangat untuk hari tersebut...barulah setiap hari ceria.
   Cukuplah Mek Yah berceloteh....kita tukar tajuk pasal recepi kita pulak. Puding ini di beri nama Puding Oren. Sempena menggunakan kulit oren tu...

PUDING OREN

Bahan-bahan

  • 6 biji buah oren sunkist
  • 1 cawan jus oren
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 10 gram serbuk agar-agar plain
  • 31/2 cawan air
  • 1 sudu oren sunquik
  • Sedikit perwarna oren
# Jus oren di ambil dari buah oren sunkist..

   Cara-Cara.....

   1. Bersihkan buah limau dan di belah dua saja..
   2. Keluarkan isinya untuk di buat jus. Mek Yah blender jea..dengan air tu
   3. Tapiskan untuk dapatkan jusnya saja....
   4. Masak air jus sehingga mendidih kemudian masukkan sebuk agar-agar biarkan sehingga larut....akhir sekali masukkan bahan-bahan lain. Biar mendidih seketika dan boleh di biarkan suam sedikit, barulah di sendukkan ke dalam kulit limau.


    Kalau rasa tak puashati dengan kata-kata saja, maklumlah kalau manis di bibir saja memang susah untuk di percayai. Marilah kita pakat lihat step yang Mek Yah buat...Mek Yah memang sangat berpegang pada janji orangnya. Oleh itu jangan janji kalau tak hendak di tepati....nanti ku tuntut sampai mati..hehehe...tengok tu garangkan..  :)..




Langkah 1...
           


   Langkah 2....
   Acara mengorek ini, kena berhati-hati sikit. Jangan sampai terbocor pulak..
 Dan selepas korek tu, letakkan di atas bekas yang boleh menyokongnya supaya tidak terbalik atau tumpah semasa agar-agar di masukkan nanti....
Kalau orang pun kena ada sokongan baru kuat...hehehe
               Langkah 3....
     Mek Yah guna tapis kelapa tu jea untuk asingkan jus dari hampehnya....
    Langkah 4....
       Masuk periuk masak jea ler....selepas mendidih masukkan semua benda yang kena masuk tu...
  
    Langkah 5 ....
                Masukkan agar-agar kedalam kulit  limau tadi...dan sejukkan
     Seterusnya.....abe-abe, adik kakak di jemput makan..
     Selamat mencuba..

Saturday 21 April 2012

Assalamualaikum dan salam mesra....
   Hari ini sungguh meletihkan, dengan penuh semangat Mek Yah menyiapkan kerja rumah dengan harapan bole membaking dengan tenang....tetapi rupa-rupanya banyak pulak gangguan....kek dah siap..strawberry pulak dah kehabisan stock....tak puashati, so Mek Yah pun pergi mencari ke market berdekatan...tidak ada plak...sudahnya terpaksalah Mek Yah ubahkan fikiran..nasib baik ada suami yang penyabar boleh mengikut keranah Mek Yah..Jom ler kita sama-sama tengok apa yang Mek Yah dah buat...
Kek pertama tu masa ada strawberry....yang kedua tu sebagaimana cerita tadi ler....
   Oooppp...sebelum terlupa Mek Yah nak beritahu, recepi asalnya Mek Yah belajar dengan rakan FB Mek Yah...namanya sungguh mengoda..Duyung Sweet Laling...orangnya pun..eemmm mengancam..

Japanesse Cotton Cheese Cake 

Bahan-bahan

  • 140 gm gula halus
  • 6 biji telur  ( Mek Yah guna gred A)
  • 1 sudu kecil KFC cream of tar tar
  • 50 gm butter
  • 250 gm cream cheese
  • 100 ml susu segar ( Apa-apa jenama pun ok)
  • 60 gm tepung kek
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 sudu makan juice lemon. ( Tapi kalau terdesak sangat, boleh jugak ganti dengan cuka makan)
Cara

  1. Cairkan keju, susu n butter atas api..sambil d kacau sentiasa jgn biarkan berketul ( Kalau bketul kena tapis)
  2. Masukkan tepung kek, jagung,kuning telor dan lemon..pukul rata, guna whisker jea
  3. Dlm bekas lain...pukul putih telur, gula dan cream of tartar...hingga kembang (merinque)..(guna mangkuk yg kering)
  4. Masukan putih telur dan cheese cara berselang seli sambil d kaup balik sampai habis...
  5. Sedia loyang..alaskan dengan  kertas minyak...dan bakar dgn cara steam bake..selama 1 jam...

   #..Jangan lupa..asingkan putih dan kuning telur dulu ya..


  Siap...jom kita tengok macam mana rupa kejadiannya..

Japanesse Cotton Cheese Cake _ Mek Yah
                 
  Eeemmm macam mana..bole lah ya......susah jugak Mek Yah terbalikkannya tadi....maklumlah sebab lembut sangat...takut terkemek pulak..nanti tak cantik untuk di decokan..mata pun sakit....padahal sebenarnya Mek Yah nie..agak kasar orangnya...ala-ala brutal gitu....tapi nasib baik bila kendalikan kek ini lemah lembutlah pulak....JMeh ler kita decokan..kek nie tak susah nak buat deco..Mek Yah guna blueberry jelly dan buah strawberry jea...curahkan keatas kek dan tompok-tompokkan buah tu...nak nampak cantik macam ala-ala bunga Mek Yah belahkkan buah tu..lagi jimat ler..hehehe..ini dia rupanya
JCCC Blueberry _ Mek Yah

   
  Dengan menggunakan recepi yang sama, Mek Yah jugak menyiapkan tempahan dari seorang kawan. Katanya teringin nak merasa Mek Yah punya JCCC kek...kalau kek2 biasa tu sudah beberapa dia oder..
Jadi inilah kek mek yah buat untuk dia..tapi kali ini mek yah guna fresh creamlah pulak...plus dengan coklat ganache


Bahan Cream

  • 1 cawan freshcream...Mek Yah guna Emborg tu..1 kotak kecil tu pon dah cukup.
  • 1/2 cawan gula aising....
Cara
  1. Putarkan dulu sekejap cream tu..biar dia kembang...jangan lama..nanti keras pulak.
  2. Masukkan aising yang sudah di ayak terlebih dahulu dan putar sekejap...
  3. Siap...
  Mek Yah gunakan cream ini untuk buat frame kek...supaya bila Mek Yah letakkan coklat ganachi nanti tidak terkeluar tidak tentu arah....

  Bahan Coklat 
  1. 1 sudu makan sebuk koko
  2. 1/2 sudu makan tepung jagung
  3. 1/4 cawan fresh cream
Cara
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecil dan panaskan di atas api pelahan sambil di kacau-kacau tanpa henti. 
  2. Pastikan adunan sudah berbuih-buih seperti mendidih dan tidak berketul...
  3. Biarkan sejuk buat seketika....dan curahkan ke atas kek...
  4. Siap...
Apa kata Mek Yah tayangkan hasilnya....
JCCC Fresh Cream Coklat_Mek Yah


  Mek Yah nie sebenarnya masih dalam process belajar...jadi hasilnya agak nampak keras tangan betul...
Apa pun terimalah..ini saja yang termampu buat masa ini....









Friday 20 April 2012

Salam senja buat semua....
    Didalam kesibukkan tugasan harian Mek Yah berkerja dan menguruskan rumahtangga, ada  jugak kesempatan masa yang Mek Yah gunakan untunk memenuhi permintaan teman...supaya menyiapkan kek besday untuk anak2 mereka...Maklumlah Mek Yah amatur lagi , so tidak banyak kerenah teman2 Mek Yah nie..apa saja yang Mek yah buat diorang akan kata SEDAP...hehehehe..gitu ler semangat yang di berikan oleh kawan-kawan pada Mek Yah. Padahal rasa sebenarnya kena lah pakat buat mengikut recepi yang telah di olah oleh Mek Yah .Recepi asalnya dari rakan FB Mek Yah...iaitu Sri Anda Salleh. terima kasih Mek Yah kepada beliau sebab berkongsi recepi ..semuga di berkati.Amin. So sempena nama beliau Mek Yah namakan kek ini
             
             Kek Sri Anda Yogurt          
Bahan

  • 1/2 cawan Yogurt ( suka hati perasa apa Mek Yah guna perisa blueberry) 
  • 1/2 cawan gula caster
  • 1/2 cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1.5 cawan tepung gandum  ( di ayak bersama baking powder)
  • 2 sudu kecil KFC baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak ( Mek Yah guna Sri Murni )
  • 1 sudu makan overllet
  • 1 sudu kecil KFC esen vanilla
  • 1 sudu coklat elmulco
   Cara-cara
  1.  Pertama sekali panaskan oven...oven Mek Yah 165C jea
  2. Griskan loyang ( Mek Yah guna size 8") dengan majerin
  3. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  4. Dalam bekas kering pukul yogurt, gula dan telur sehingga kembang
  5. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil di pukul sebati..
  6. Akhir sekali masukkan minyak, dan gaul sebati secara kaup balik.
  7. Asingkan dalam 3 sudu besar adunan dan masukkan coklat elmulco gaul sebati
  8. Tuangkan adunan kosong kedalam loyang dan akhir sekali tuangkan aduan berwarna coklat di bahagian atas...dan lorekkkan menggunakan lidi satay...buatkan corak batik sedikit....
  9. Siap untuk di bakar selama 50 minit.
 Siap ready untuk di hidangkan...hasilnya yang Mek Yah punya macam nie ler..


     Ini pulak kek yang di decokan....bole kita pakat tengok
    Creamnya Mek Yah dah sharekan sebelum ini..cuma tambahkan blueberry , kasi terangkat sikit..macam mana senangkan.
Selamat mencuba.





 


Thursday 19 April 2012

                                           
                                         Kek Black Forest
      Kek di atas tu....aku mendecorasikannya mengikut rentak hati ku saja.....mungkin masa ini hati tengah berdebar-debar, so jadilah dindingnya berliku-liku....nak tahu nozel no berapa yang mek yah guna...boleh apa salahnya . No 895 ya...hijau bawah tu mek yah guna nozel untuk daun jea..cuma tarik-tarik jangan di putuskan.
Ehh..banyak cakap pulak...isi penting ialah bahan kek tu...
Bahan-bahan
  2/3 cawan gula caster
  2/3 cawan tepung kek
  20g sebuk koko
  4 biji telur ( Mek Yah guna gred A)
  1 sudu makan overllet
  1/3 cawan air suam
  1 sudu kecil esen vanila
  1/3 cawan minyak ( Mek Yah guna minyak Sri Murni jea)

Cara-cara:

  1. Siapkan loyang, griskan dengan majerin dan alaskan dengan baking paper...Mek yah guna loyang 8" tinggi dia seperti kek di atas tu...
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mixer, dan putar dengan kelajuan tinggi...lebih kurang 7 ~ 10 minit. Sehingga adunan likat dan bersinar
  3. Masukkan minyak dan guna keadah kaup balik sehingga adunan sebati. 
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan hentakkan 2 atau 3 kali untuk buang ruang udara dlm kek sahaja.
  5. Bakar selama 50 minit...oven Mek Yah 165C saja..
  6. Siap
Untuk nak mendeconya..kena ler sabar sikit....tunggu sejuk dulu...jadi sementara tunggu tu, bolehlah kita membuat dia punya krim...Mek yah guna buttercream jea.

  Bahan
  200gm Krimwell ( bole di beli di kedai bakery...rupanya lebih kurang shortening jugak ler)
  100 gm shortening ( Lemak sayur tu )
  1 sudu makan soft butter
  1 cawan gula aising (aising di ayak terlebih dahulu untuk mengelakkan berketul-ketul)
  2 sudu besar air suam

Cara-cara:
  1. Masukkan air suam dan gula aising kacau supaya gula mudah larut.
  2. Masukkan butter, shortening dan separuh dari krimwell lalu di pukul hingga lembut dan kembang (pastikan tidak berpasir)
  3. Kemudian masukkan baki krimwell dan pukul sekejap untuk sebatikan.
  4. Siap
  # Kemudian ready untuk di warnakan dan di decokan mengikut rasa dan kehendak...

  Selamat mencuba.
Ini gambaran atas kek yang Mek Yah punya..hehehe