Friday 4 May 2012

Rainbow Cake

Hari ini 1 Mei 2012..maknanya cutilah kami pekerja-pekerja semua. Namun kerja rumah tak pernah habis...awal malam lagi Mek Yah sudah berkemas rumah mana yang patut....kemas stor dan kemas bilik anak bujang ku yang kini tiada penghuni...sambil mengelapkan habuk di biliknya..hanya gambar sewaktu kecil yang tergantung di hujung katil menjadi tatapanku. Rindunya rasa hati...dah sebulan rasanya aku tidak naik dan mengemas biliknya.....semua malamku sebelum beradu..aku habiskan dengan memegang kain pengelap... Seawal 5 pagi aku sudah terjaga...ini kerana aku telah berjanji dengan seorang kawan untuk membuat kek hari lahir dan Hari Ibu untuk emaknya....Mek Yah memutuskan untuk membuat kek yang agak special sikit...ya ler..inikan untuk seorang ibu...Maka RAINBOW CAKE menjadi pilihan...... Jom kita sama-sama tengok , apa yang Mek Yah dah buat.. KEK RAINBOW
Bahan-bahan 3 cawan tepung superfine 4 skfc baking powder 1/2 skfc garam 1 cawan butter 12/3 cawan gula 5 biji telur ( Gred A) 2 skfc esen vanila 11/2 cawan susu segar # pewarna : Merah, biru, hijau, purple dan kuning Ini cara Mek Yah...
Tepung di ayak bersama garam halus dan baking powder...dan ketepikan Pukul gula dan butter sehingga gebu....dlm 5 minit saja Masukkan telur satu persatu sambil di pukul pelahan...sehingga sebati dan gebu Masukkan esen vanila...seterusnya masukkan tepung berselangseli dengan susu segar sehingga habis sambil terus di pukul sebati Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bahagian dengan jumlah yang sama..dan warnakan mengikut warna di atas. Siapkan loyang..dengan baking paper dan sapukan mentega.. Masukkan adunan dan bakar..cuma selama 15 minit.. Siap. Mek yah sambil membakar kek tu..telah menyediakan krim untuk melapis dan mendecorasikannya nanti... Recepi untuk krim bolehlah ikut sebagaimana yang telah mek yah poskan pada kek sebelum ini..... Kepada adik-adikku..sekiranya masih tidak boleh mengambarkan macam mana untuk membuatnya..di sini Mek Yah sertakan langkah-langkah ringkas yang boleh di jadikan halwa mata....maafla kamera tak cukup mahal..jadi gambarnya pun kabur2 jea..hehehe Mek yah mulakan dengan langkah 5...
Sesudah di bahagikan barulah masukkan warna ..macam nie Hahaha..kemudian bakarlah mengikut warna.. Dan inilah hasil yang telah siap di bakar..
Macam mana?...satu yang color hijau tu pecah masa terbalikkan tadi..tapi nasib baik baking papernya ada..so tak perlu risaulah..kek boleh di cantumkan semula bila di letak krim...tapi cuba bayangkan jika hati orang yang telah retak sebegitu..macam mana penawarnya untuk di sembuhkan kembali...eemmm rasanya tak sembuhlah...kalau ya pun sembuh tapi berparutlah jugak...setuju tak?.. Selepas itu susunkan kek mengikut warna dan lapiskan dengan krim..macam ini..
Kerja ini mesti di buat secara hati-hati dan tekun. Jangan tergesa-gesa sebab segalanya mungkin untuk rosak ...hehehe.. Selepas iti tutup semuanya dengan krim dan decolah sehendak hati...Inilah hasilnya yang Mek Yah punya..
Macam mana.....retak kekku telah hilang..tetapi retak hatiku masih terasa...tulah jadi bunga yang menjalar di dinding kek... Selamat mencuba..

1 comment: