Saturday 26 May 2012

PULUT SEMANGAT

Assalamualaikum.....sudah lama rasanya tidak menjengah ke halaman ini. Kesibukkan dan kesuntukkan masa menghalang Mek Yah dari mengintai dan menfailkan recepi yang di rasa perlu untuk rujukkan adik-adik dan harapan suatu masa nanti anak-anak pulak. Manalah tahu..kalau tertiba saja kita tak ada...mungkin ini adalah kenangan untuk mereka. Eeehh eh..melalut la pulak...
Hari ini mek yah ingin berkongsi tentang "Pulut Semangat"..sebenarnya Mek yah sendiri tak pernah secara formal belajar membuatnya, cuma sedari umur belasan tahun selalu menolong mak saudara menyiapkan pulut hantaran setiap kali ada saudara mara kahwin. Kali ini kita tengok cara Mek Yah gubah pula...

PULUT SEMANGAT
Bahan :
1.5 kg Beras pulut
2.5 biji kelapa parut
4 sudu makan gula
1.5 sudu makan garam
Perwarna makanan ...Mek Yah guna merah dan kuning.

# Garam dan gula bergantung pada selera masing-masing

Bahan Hiasan
Daun bawang
Lobak Merah
Cili merah
Telur burung puyuh

# Tambah apa saja yang anda suka..asalkan boleh di makan.


Cara-Cara:
1. Basuh beras bersih-bersih dan bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan air sehingga 2 inchi melebihi paras beras.
2. Satu bekas di biarkan tanpa warna, dan satu bekas di masukkan warna merah. Manakala satu bekas lagi di masukkan
warna kuning. Rendam lebih kurang selama 4 jam.
3. Panaskan pengkukus dan toskan beras. Setelah air mendidih masukkan beras ke kedalam pengukus dan kukus selama 20
minit saja.( Setiap warna di kukus secara berasingan)
4. Sementara itu sediakan santan...blend kelapa dan jadikan 3 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair.
Santan pekat di masukkan garam dan gula, lalu di panaskan di atas api seketika sambil di kacau.
5. Angkat pulut...lalu di masukkan kedalam besen besar dan masukkan 1 cawan santan cair sambil di kacau secara
searah dengan sodep kayu. (Senduk kayu tu ..) sehingga rata dan sebati kemudian masukkan semula ke dalam
pengukus dan kukus semula untuk 15 minit lagi.
6. Setelah itu angkat semula pulut dan ulangi langkah 5...cuma kali ini masukkan 1 cawan santan yang di masak tadi.
Selepas di kacau sebati siap untuk satu warna.

Ini pengukus khas untuk pulut.

# Untuk warna-warna yang lain, ulangi langkah yang sama sehingga selesai.
7. Setelah pulut agak suam-suam, bolehlah di mampatkan kedalam loyang untuk di buat gubahan.
Ikutlah kreativiti masing-masing..
SIAP...

Panjang ceritanya kalau nak ikut cara yang Mek Yah pernah buat bersama Mak saudara dulu...kena cari betik muda atau batang pisang..Namun kini Mek Yah guna loyang kek saja...seperti gambar ini

Padat-padatkan pulut. kedalam loyang mengikut lapisan yang di sukai. Untuk tangan tidak melekat-lekat, Mek yah menyarungkan plastik "gege" jea...tompokkan sehingga permukaan loyang jadi rata dan biarkan sejuk . Selepas itu terbalikkan keatas papan kek...jeng-jeng-jeng...inilah hasilnya.

Bila sudah seperti ini...tambah-tambahlah apa saja dekorasi yang di sukai. Mek Yah tidak banyak ideal..so jadilah yang begini saja.

Begitulah ceritanya tamat tentang pulut semangat. Di kampung Mek Yah pulut semangat adalah salah satu benda wajib di adakan untuk meminang atau semasa majlis pernikahan sebagai alat hantaran. Mek yah punya pulut semasa kahwin dulu pun berwarna kuning jugak..siap dengan bunga telur bertangkai-tangkai lagi...
Selamat mencuba...




1 comment: